Jom Minta NuffNang Duit, Clcik sini..

Followers - JOM Click Folloers ini.. TQ

Syamputra Razali Tupperware

Friday 14 December 2012

Brunei : Negara Melayu : Islam : Beraja

salam semua
dah seminggu dah balik ke tanahair Malaysia
alhamdulillah.. saya dinobatkan pemenang peraduan Pantun diantara semua peserta MASTERA yang mana menghimpun negara di Asia tenggara..

dengan pantun lah saya ke Brunei
.. negara yang betul betul aman..
negara yang makmur dan sangat soapan santun dan penuh dengan warisan dan adat istiadat yang masih mengekalkan darjat Melayu di tahap yang sepatutnya .. dan 7 hari ke brunei sangat membuatkan dan stay lama di brunei.. pelbagai acara dibuat oleh penganjur dan memang banyak pengalaman yang istimewa..

paling best.. kami dibawa ke majlis perkahwinan dan sangat teruja dengan semua pengunjung berbaju melayu dan berbaju kurung..
saya betul betul teruja..


Tuesday 20 November 2012

Bahang Ke Brunei semakin terasa

salam

pagi pagi lagi aku dah semangat giler nak berkerje
datang awal dan kemas meja di pejabat satu perkara yang aku paling suke
entah kena yer.. mungkinkah sebab aku nak ke brunei
alhamdulillah.. berkat mencintai pantun sepenuh jiwa.. aku dipilih bersama Dr Zurinah Hassan ke Brunei untuk program memperkasa pantun serta pertandingan pantun peringkat asia tenggara
memang tak sabar nak berpantun spontan ngan pemantun dari negara yang lain..

memang satu kejayaan peribadi dalam diri aku bilamana dapat mewakili negara ke program pantun yang aku dah lama impikan.. terima kaseh DBP sebab mencalonkan nama aku ke sana dan pastinya aku akan merealisasikan impian untuk menerbitkan 1 buku penulisan pantun yang terhebat !!

nantikannyer..





Beraksi dengan gigihnya

salam semua...

"roh & semangat puisi yg dideklamasi mampu diangkat lagi ke tahap kekaguman!"

memang seronok + bersemangat pula aku membaca komen ketua juri pada wall dekmal (kelab deklamator Malaysia) bilamana aku memaparkan gambar kenangan bersama pemenang pertandingan puisi pagi tadi..

memang tak diduga mahkota kejuaraan menjadi milik aku setelah aku bertungkus lumus memecut meninggalkan segala kerja tertunggak di pejabat lalu bertanding
tapi sempat juga mengePOST tupperware customer..

bila mencabut giliran ke 13..
lalu hati berdetik.. number yang bertuah mungkin..

bila melihat juara bertahan Fairuzan berpuisi.. rasa kagum dengan kehebatan beliau menghafal dengan panjangnya puisi dan lancar sahaja..

Faizul juga dengan suaranya.. seakan terpegun..
dan akhir sekali.. aku mengambil langkah menuju ke microfon dan sebelum itu menggunakan tips kak raja.. yang cakap.. sebelum nak berpuisi.. baca selawat dan juga 3 Qul.. aku pun terkumat kamit membaca.. dan hatiku dan rasa tenang nak menuturkan bait bait puisi..
bila tengok muka ketua juri yang sambil tengok memberi markah.. aku semakin selamba menghayati seoleh olah.. puisi itu benar milik aku

ternyata benar.. jika kita rasa cool.. lancar aja dimulot dan menghayati kisah tok janggut sangat mengharukan..
sebelum nak baca puisi.. memang aku reseach.. macam mana kehidupan tok janggut.. dan mendalami isi hati pemilik sajak tu..
alhamdulillah.. berjaya bawa puisi "tok janggut" yang ditulis oleh rahimidin zahari denga jayanya


bila keputusan diumum.. aku semacam berdebar tapi kerana dah biasa kalah.. aku macam cool sahaja.. bile dia sebut sahaja NOMBOR 2 atau naib juara disandang oleh... aku dah start nak turun sebab nama aku dan fairuzan sahaja yang tak disebut..
jadi.. terus aku baca gaya mulot pengacara.. nak sebut "FAIruzan".. bile gigi mengatap bibir..  maknanya nama Fairuzan bakal disebut..
kalau nama NOOR.. mulot akan muncung.. itulah yang aku belajar sebelum ini.. membaca gaya mulot dan tubuh..
ternyata benar..
bile nama fairuzan yang juga idola dan contoh aku sebab aku dok nengok dia baca sajak tu yang pernah dia bawa dan muncul naib johan peringkat kebangsaan.. aku bersalaman..
dan sebelum itu.. terkeluar plak dari mulot fairuzan.. entah entah aku yang pergi dulu..
masin betul mulot dia.. dia yang turun untuk dapat number 2..

bagi aku.. kemenangan itu bukan subjek utama.. tapi dapat menjadi peserta satu kepuasan yang sangat sangat berharga.,. dan aku betul betul kagum dengan ulasan hakim yang benar benar menyusup kedalam jiwa..
banyak yang dia beri saranan..

1. metafora.. jangan dipisahkan.. contohnya "bahtera kehidupan".. jangan baca sebijik sebijik.. sebab akan lari maksudnya..

2. selang masa yang lama antara rangkap.. menyebabkan gaya akan bermula baru.. maknya.. tangan dia akan jatuh dan seolah olah nak buat gaya baru yang tak natural

3. suara parau bukan segala galanya.. juri cakap.. suara panau tu sekadar kekaguman tetapi jangan dibuat buat dan suara itu harus jelas..

4. tak perlu banyak sangat intro.. cuma cakap nama sajak dan pengarang

5. artikulasi dan jeda harus sesuai..

6. kena pandai cari punch line sajak.. kawal tinggi rendah intonasi..

memang banyak betul aku dapat.. dari ketua Juri yang juga pernah bawak sajak " tok janggut" ini masa pertandingan akhir sayembara puisi hari kemerdekaan dan dia bergelar JUARA..
tak salah dia dipilih jadi ketua juri dengan apa yang dia ada..

Encik Shukri Abdullah ini.. memang selalu jugak aku jumpa.. tapi tak lah nak borak macam kawan baik
insyallah akan datang boleh ber chit chat ngan dia..

sebab orang kata (usahawan berjaya)

nak jadi hebat.. dan berjaya.. kena berdamping dengan orang yang hebat dan berjaya juga..

semoga kemenangan ini menjadi peransang kepada aku untuk esok dan mendatang..



gambar yang kedua nie.. pinjam gambar dari fb kak Raja Saadiah Alwee.. terima kaseh yer kak
 

Monday 19 November 2012

Asyik berPuisi jer..

salam..
tahun ini.. gian berpuisi datang lagi,..
abis semua pertandingan yang ada aku sertai..
main redah je,..
ini antara tempat yang sempat aiku upload..
belasah je..


ini kat melaka..



yang ini sadis sikit
last part tertinggal.. kat selangor

aku suke sangat video ini.. aku sangat menghayati..
waw.. paling terbaik aku buat

Buletin KKTMPJ - Jenuh tapi puas

salam..
inilah dinamakan.. buletin aku yang syok sendiri..
semua kau buat sendiri..
nak makan 2 hari sebenarnya buat ini
cuma nak bahan dan dapatkan mood tu kita makan masa 2 bulan..
hehehh
ada AJK.. tapi mereka sibuk
jadi aku kena lah buat sorang sorang..

inilah hasilnya..
harap berpuas hati..























Terlalu lama tak berbicara..

salam semua..
begitu cepat masa berlalu..
lama saya tak menota kan sesuatu kat encik uban i9ni./. kesian dia dipinggirkan..
inilah tempat saya meluahkan..
kini saya kembali..

saya nak semarakkan kembali encik uban ini..

kalau tak asyik nak berbual mesra dalam 
http://tupperwarebrandsmalaysia.blogspot.com

dan kini.. encik uban kembali bersinar..





inilah gambar encik uban yang terbaru.. heheheh semakin dipam pam.. besar

Thursday 3 May 2012

Jumaat yang Aman

salam..
selalunya hari jumaat.. adalah hari yang sangat seronok sebab esok (sabtu) dah cuti..
tapi aku hari nie.. terdesar tepat tepat jam 8 dan aku terus basuh muka dan basahkan badan terus amek cari dan pakai macam tak sudah .. terus ke OPIS..

Alhamdulillah..
sempat pulak aku thumb print kerje..
tak dapat aku bayangkan kalau umah aku jauh..
OMG.. memang susah..

pastu.. aku terus siapkan kerje ketua kursus aku nak.. iaitu hantar sampel jawapan budak..
aku pun terus menanda..
yang peliknya subjek aku nie.. kena ada ruang komen dan cara menilai dia sangat subjektif..
memang susah bebudak nak score..

bile diorang baca yasin.. aku start baca yang awal je.. pastu pen aku terus bergerak menanda kertas
sampai siap semuanyer 6 set soalan..

pastu bile habis baca yasin.. ada pengucapan awam oleh ana.. dengan tajuk "jangan"
simple dan ala ala jer..
sebenarnyer turn hamdi.. bagi pengucapan awam
tapi dia pun senyap je.. itu yang ana naik tu..

bile abis pengucapan awam.. ada ucapan kak ani dan pengarah..

masa makan..
aku so sad gituew..
sebab ada yang tegur.. bile nak siap buletin..
pedapp betul aku pasal buletin.. tak minat langsung ..
tapi aku akan cube siapkan lah..
nak buat macam mana.. ketje dan amanah yang diberi..
rezeki sesuap nasi..

sekarang .. aku pun didalam kusus UPP nie.. sepatah haram aku tak faham..
aku ingat nak ngular je nie..
hehehehe
sat lagi nak ke taska.. nak jumpa kakak - kakak kat sana,,..

inilah kisah aku dulu dulu.. name kad aku.. heheheh

Wednesday 2 May 2012

Monday 26 March 2012

Published with Blogger-droid v2.0.3

Sunday 4 March 2012

Bila Bidan Terjun Berjaya..

salam..
hari nie ada plak kesempatan nak menulis dalam dewan disaat letih mendengar ucapan yang tak henti henti..
nak jugak dengar ucapan yang da boom.. ala ala... membuka mata.. tapi masih lagi tak kedengaran..
sesekali terasa rindu pada puan zarinah yang dok suke berleter dengan ucapannyer yang padat dan baik sekali..

tapi Boss baru nie pun meletopp jugak.. heheheh

dalam keriuhan kat dalam dewan dengan MPP dan segala bagai manusia dalam dewan nie..
aku macam relax jer...
ntah la.. mungkin dah rasa lega sikit sebab kerje pun dah tak banyak..
tapi tetibe je.. aku kena incharge plak KELAB Usahawan MUDA..
harus aku letopp kan kelab nie.. macam macam nak buat..
ngan gadingan syazwani mohd zaki..
aku yakin.. pasti meletoppss..

ohh ya..
semalam.. aku termasuk lah plak explorace ala ala info hunt gituew....
bile ada plak budak yang tak datang (masih tido).. aku jadi panik la plak..
last last aku buat keputusan.. masuk jer dan amek jer sapa sapa yang nak..
selamat ada is dan jugak luqman.. diorang jadi penonton jer.. terus aku suruh team aku..
macam macam acaranyer..
dari makan tembikai sebijik.. kupas kelapa.. pancing, minum coke, ntah lah.. macam macam lagik..
akhirnya.. aku lah berjaya plak jadi no. 2... itu pun sebab tak bawak pancing.. kalau tak.. haruss berjaya..
pastu.. dapat plakhadiah besarrr giler..
sorang satu plak tu..
duit pun dapat..

tak sangka plak budak budak yang aku hantar 3 kumpulan semua lingkup..
tapi nasib baik ada kucai, lan dan afiq.. bangga jugak kolej aku dapat  JOHAN..
rasa tak ralat sebab yang menang.. kolej aku jugak.. heheheheh

inilah gambaar ala ala kat sana.. gambar bidan terjun..



Wednesday 22 February 2012

Kursus Di Hotel seri Malaysia, Perlis

salam semua..
lama betul tak menulis dalam blog nie
terasa plak macam kekok..
ini kat hotek seri malaysia
dapat plak kursus.. alhamdulillah.. at least boleh release sikit keje yang banyak kat Petaling jaya tu
memang lah best sangat..
ditambah lagik Hyqal meneman ke perlis nie
ye lah.. dia pun tak penah datang perlis
dia berhajat nak main layang layang kat sini
selepas kat pasir gudang johor tak kesampaian nak main layang layang
so.. kursus nie nampak best sangat !!
esok saya bagi liputan yer..

Monday 6 February 2012

maulidurrasul peringkat negeri selangor

alhamdulillah. dah 2 tahun aku usahakan untuk perayaan ini sambutan maulidurrasul dan budak kolej ada 21 org yg sanggup join dan x balik kampung. aku cadang nak bagi budak budak nie jamuan..

tq semua..


Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday 3 February 2012

Lama Tak Menulis : Nak buat COME BACK

salam..
hari ini bile tengok ada blogger blogger yang aktif dah boleh beli kereta segala bagai..
aku mula jadi rajin tetibe
bukan apa.. sebab Business Minded..
ye lah.. nak bertapa ONLINE memang mudah sekarang
internet di hujung jari
memang mudah.. anytime boleh surfing internet

inilah aku bersemangat nak menulis dan kini aku dah mengatur strategi nak ke KOREA dengan 7000 subsidies..
memang best
dan aku un tengah semangat nak kumpul ahli baru dalam tupperware yang benar - benar minat nak buat bisness nie
so, untuk mereka yang namanyer LELAKI..
tak kisahlah anda lelaki lembut ke.. keras ke.. lelaki PLU ke.. lelaki alim ulamak ker..
asalkan.. nama di IC adalah lelaki..
anda dijemput untuk JOIN team kami..
insyallah.. kami boleh tunjukkan anda bagaimana nak berjaya dalam Multilevel Marketing
dan Tupperware sangat best..
masuklah dulu.. baru tahu !!
siapa yang berminat boleh call saya yer
syamputra razali
012-399 39 47



Thursday 2 February 2012

mmkyg

Published with Blogger-droid v2.0.3

Tuesday 24 January 2012

juru cakap org kawen

salam.

hari nie byk mata memandang aku

hanya kerna aku jadi juru cakap dengan berpantun segala bagai..

yg sentap nyer bile org tanyer

mana org rumah??


Published with Blogger-droid v2.0.3

Saturday 21 January 2012

Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday 20 January 2012

cube melalui hfone


Published with Blogger-droid v2.0.3

lama betul tak ber BLOG

salam..
lama betul tak berblog
gian nak menulis
tahun baru nie nak berazam nak tulis  blog setiap hari...